Thursday, April 10, 2008

Wang zakat dan agihan

http://www.brunet.bn/news/pelita/05sept/berita11.htm

Agihan bagi tahun ini sahaja iaitu setakat bulan Jun 2007 sebanyak $6,586,311.15 telah pun diagihkan kepada asnaf zakat seperti pecahan iaitu fakir miskin $6,204,349.54, mualaf sebanyak $253,670.70, amil sejumlah $1,378.14, al-gharimin pula sebanyak $126,912.77 dan ibnu sabil tidak ada pengagihan.

Siaran akhbar itu lagi setiap bulan purata MUIB telah mengagihkan wang zakat kepada penerima agihan bulanan tetap asnaf zakat iaitu bantuan bulanan keperluan makanan asasi kepada seramai 2,003 orang sebanyak $100,395.00 sebulan. Bantuan bulanan persekolahan kepada seramai 1,341 penuntut sebanyak $80,460.00 sebulan.

Bantuan bulanan sewa rumah kepada seramai 112 keluarga sebanyak $43,640.00 sebulan dan agihan bulanan asnaf zakat kepada seramai 3,880 orang dengan jumlah agihan sebanyak $784,615.00 sebulan.

Hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Dipertua MUIB, Yang Berhormat Pehin udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin; Pemangku Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pengarah Takaful BIBD Sdn. Bhd., Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Wangsa Dato Paduka Seri Laila Jasa Haji Awang Ahmad Wally Skinner, Ahli Lembaga Pengarah BIBD At-Tamwil Berhad, Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Dato Paduka Awang Haji Ishaaq.

No comments: