Thursday, April 10, 2008

Contoh Pengurusan Zakat Bersih

Dapat kah Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam memberi contoh yang unggul kepada dunia Islam dalam pengurusan Zakat yang berkualiti terbaik Islam?

Antara informasi dari internet tentang penyelewengan wang zakat adalah seperti berikut:

calon BN Kedah dalam pilihan raya kali ini terbongkar, kali ini melibatkan wang zakat sebanyak RM400,000.

Ke manakah wang zakat yang beratus juta ini pergi? Apakah kerana kelemahan sistem yang diterapkan ataukah kelemahan orang yang menjalankan sistem tersebut? Ataupun kedua-duanya sekali?

Amil Mafia tidak sewajarnya melakukan penyelewengan duit zakat

4 comments:

Anonymous said...

Betul kah keadaan orang berzakat harta begitu di Brunei Darussalam yang terkenal kaya raya?

:)

Anonymous said...

Sebagai perbandingan paling dekat dengan sebuah negara jiran paling hampir dengan kitani Negara Brunei Darussalam (yang Allah Subhannahu Wataala limpah kurniakan dengan kekayaan juntrah melutak-lutak!), Malaysia (jumlah penduduk 22 juta orang) telah mencatatkan kenaikan 2kali lipatganda sejumlah RM670 (BND300) juta lebih pada tahun 2006 dari RM258 juta pada tahun 2000.

Sementara negeri paling kecil (Perlis) dengan keramaian penduduk sejumlah 200 ribu orang telah berjaya mengutip hasil zakat berjumlah RM11 (BND5) juta dalam tahun 2006. Tapi Perlis Indera Kayangan ani nada sumber hasil mahsul minyak dan gas macam di negara kitani yang aman makmur.

Kekayaan peribadi Sultan Perlis mungkin diibaratkan antara langit dan bumi jika dibandingkan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (Raja paling kaya di dunia alam maya yang sementara lagi fana ani...)

Anonymous said...

Hamba Allah ani sendiri mengakui pada hari Jumaat yang Mubarak lagi berkat ani dalam poket belakang seluar ada beg duit tapi indada satu sen pun kan membeli makan tengahari ani. Ganya sadang syukur ALHAMDULLILLAH tah jua ALLAH AZZA WAJALAA dengan KE_ESAAN-NYA yang MAHA KAYA LAGI MAHA PEMURAH MAHA KUASA MAHA segala-galaNya, alum lagi jangkanya kediaku pacal hina ani kan mampu mengeluarkan Zakat dan kan minta hak asnaf Zakat

Anonymous said...

Mengambil sukut baik hari baik ani hamba Allah yang teraniaya dan yang telah menganiaya, menzalimi diri sendiri ani redha dengan apa jua ujian Ilahi yang diharungi dan menadah tangan berselawat keatas junjungan besar kitani Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam berdoa mudah-mudahan tah Allah Subhannahu Wataala melimpahi rahmat taufik dan hidayah-Nya ke atas seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam terutama sekali orang-orang Muslim lagi Mukmin yang serba mewah kaya raya agar dengan penuh keikhlasan akan berzakat dengan seberapa segera! Alhamdullillahi Rabbiel alamien... Amin, amin ya rabbal alamien!