Sunday, April 6, 2008

Negara Zikir sudah cukup?

Banyak orang berkata, kalau maksiat dan kesusahan semakin melanda, tahukah kita bagaimana lebih banyak kita harus berzikir?

Baru baru ini salah seorang pemimpin kita menyatakan betapa banyak rakyat kita berhutang dengan kerajaan dalam bayaran hutang perumahan, dan sebagainya lah.

Soalan nya, berapa miskin kah negara kita, atau berapa susah kah sudah keadaan negara kita?

Kalau kita simak bantuan zakat dari BaitulMal, yang terbaru, 6 juta saja tidak cukup malah Baitul Mal sudah kehabisan wang, akhirnya di putik putik dapat mencukupi 8 juta untuk di bahagikan.

Pertama, kita harus ada informasi yang "transparent" untuk rakyat perhatikan. Dimanakah kita boleh dapati di zaman teknologi ini kalau tidak dari situs situs berkenaan.

Kalau kita mau kira sendiri boleh juga, kita ambil saja contoh kita ada 10 rakyat Islam terkaya di negara kita. Tak usah kira zakat fitrah.

Rakyat terkaya A mempunyai 1 billion, jadi dia bayar zakat 25 juta, orang kaya B ada 500 juta, dia bayar zakat harta 12.5 juta, C orang kaya 250 juta bayar 6.25 juta, D orang kaya 100 juta bayar 2.5 juta, orang kaya E 50 juta bayar 1.25 juta, orang kaya F 25 juta bayar 625 ribu, orang kaya G 10 juta bayar 250 ribu, orang kaya H 5 juta bayar 125 ribu, orang kaya I 1 juta bayar 25 ribu, jumlah bayaran zakat terkumpul di Baitul Mal berjumlah B$48,537,500.00.(B$48.5 juta lah)

Tapi apa yang kita liat adalah tidak sedemikian jumlah yang kita ada?

Itu kita kira yang terkaya cuma ada 1 billion, coba kalau harta orang yang terkaya berlipat ganda dari itu, pasti lebih banyak kumpulan bayaran zakat dalam Baitul Mal bukan?

Tapi memang lah kita tidak ada hal seperti itu, kalau tidak, bagaimana pula kita hanya ada wang kumpulan bayaran zakat kurang dari 10 juta dalam Baitul Mal?

Inilah keadaan negara kita.

Cubalah kita fikir fikirkan.

Ada sebuah negara itu orang kaya nya yang berugama Islam cuma sepuluh orang dan hasil bayaran zakat harta merka di Baitul Mal seperti berikut,
Rakyat terkaya A mempunyai 20 billion, jadi dia bayar zakat 500 juta, orang kaya B ada 10 billion, dia bayar zakat harta 250 juta, orang kaya C 7 billion bayar 175 juta, orang kaya D 5 billion bayar 125 juta, orang kaya E 1 billion bayar 25 juta, orang kaya F 500 juta bayar 12.5 juta, orang kaya G 250 juta bayar 6.25 juta, orang kaya H 100 juta bayar 2.5 juta, orang kaya I 50 juta bayar 1.25 juta, jumlah bayaran zakat terkumpul di Baitul Mal berjumlah B$1,098,125,000.00.(B$1 billion lah)

Betapa bahagianya mereka.

Jadi mungkin kita seharusnya tidak hanya puas dengan jadi Negara Zikir tapi kan sama penting jadi Negara yang menunaikan kewajiban membayar Zakat?





48,537,500.00

1 comment:

Anonymous said...

Laporan kewangan yang di posting sangat menghampakan saya yang selama ini menumpang bangga dengan Brunei Darussalam yang terkenal kaya raya